7.20.2005



Gersang ketandusan

Di dalam senyumanmu terdapat kesedihan
Sayu dan pilu memakan hati sucimu
Sesungguhnya kejam dunia fana ini
Nilai hati sudah hilang erti

Bangkitlah mu semagat jati
Dari tidurmu selama ini
Diperlukan mu masa ini
Untuk menempuh onak duri

Hati lembut berbicara
Semoga kau mengampuninya
Namun akal teguh berdiri
Cintanya tiada sucinya lagi

Angin kencang menggari bumi
Air hujan jatuh tak terhenti
Usah kamu menangisi lagi
Kerana tak mungkin kita bersama lagi

Lembu dipegang dengan talinya
manusia pula dengan janjinya
Jika hancur kepercayaan kita
maka hancurlah segala galanya

Kita beriman pada yang satu
Jawapan mu tiada padaku
Rujuklah kau kembali Padanya
Dan redha akan keputusanNYa

Ada hikmah disebalik semua
Mungkin ini Jalan termulia
Agar kita mampu melangkah
Ke arah baru yang lebih bermakna


can`t you even see through me? `` Wednesday, July 20, 2005